Lompat ke kandungan

Mahkamah Daerah Kuznetskiy di Novokuznetsk, Wilayah Kemerovo

20 FEBRUARI 2023 | DIKEMASKINIKAN: 14 JULAI 2023
RUSIA

TERKINI—SAUDARI DISABITKAN BERSALAH | “Saya Dapat Mengharungi Setiap Cabaran”

TERKINI—SAUDARI DISABITKAN BERSALAH | “Saya Dapat Mengharungi Setiap Cabaran”

Pada 11 Julai 2023, Mahkamah Daerah Kuznetskiy di Novokuznetsk mensabitkan Saudari Lyubov Serebryakova dan mengenakan hukuman penjara tertangguh selama empat tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Saudari Lyubov tetap bergantung pada Yehuwa dan yakin bahawa ‘Dia akan bertindak bagi pihaknya.’ Kita juga dapat meniru teladannya semasa kita menghadapi cabaran.—Mazmur 37:5.

Garis Masa

  1. November 2019-2020

    Pihak berkuasa mengawasi kegiatan beberapa Saksi-Saksi Yehuwa di Novokuznetsk dengan merakam audio dan video, serta mencuri dengar perbualan mereka

  2. 8 Julai 2022

    Siasatan jenayah bermula kerana dia menghadiri perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa dan membincangkan Bible dengan orang lain

  3. 26 Julai 2022

    Didakwa atas tuduhan terlibat dalam kegiatan organisasi ekstremis. Dikenakan sekatan perjalanan

  4. 21 September 2022

    Perbicaraan kes jenayah bermula

a Kami tidak mempunyai gambar Saudari Serebryakova semasa rencana ini diterbitkan.