Lompat ke kandungan

Saudari Olga Zhelavskaya

17 JANUARI 2023| DIKEMASKINIKAN: 17 APRIL 2023
RUSIA

TERKINI—SAUDARI DISABITKAN BERSALAH | “Yehuwa Selalu Ada Di Sampingku”

TERKINI—SAUDARI DISABITKAN BERSALAH | “Yehuwa Selalu Ada Di Sampingku”

Pada 17 April 2023, Mahkamah Daerah Metallurgicheskiy di Bandar Chelyabinsk mensabitkan Saudari Olga Zhelavskaya dan mengenakan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Kita yakin bahawa kita “tidak akan sekali-kali goyah” apabila berdepan dengan dugaan hidup kerana kita ada sokongan Yehuwa.—Mazmur 16:8.

Garis Masa

  1. 16 Jun 2018

    Pihak berkuasa mengawasi rumah Olga dan kegiatannya melalui sistem pengawasan audio dan video

  2. 26 Mac 2019

    Rumah Olga turut digeledah apabila siasatan dijalankan terhadap Saudara Vladimir Suvorov

  3. 31 Ogos 2021

    Kes jenayah dibuka. Dituduh menyokong kegiatan organisasi ekstremis kerana dia mengadakan perjumpaan Kristian di rumahnya

  4. 22 Oktober 2021

    Diserang strok dan dimasukkan ke hospital

  5. 28 September 2022

    Perbicaraan kes jenayah bermula