28 DISEMBER 2021
RUSIA
TERKINI | Saksi-Saksi yang Setia Merasai Sokongan Yehuwa
Pada 4 April 2022, Mahkamah Bandar Abakan di Republik Khakassia mensabitkan Saudari Matrena Spiriadi dan Saudara Aleksandr Vergunov. Mereka masing-masing dijatuhkan hukuman penjara tertangguh dua tahun setengah. Sebelum ini, Saudari Irina Sidorova juga terlibat dalam kes tersebut. Namun, sedih sekali dia telah meninggal. Matrena dan Aleksandr tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Garis Masa
30 Mac 2021
Para pegawai menggeledah rumah Matrena dan Aleksandr
17 Julai 2020
Irina meninggal disebabkan komplikasi pembedahan
20 Mei 2020
Pihak berkuasa menyoal siasat Irina. Mereka mencurigai Irina menyertai kegiatan ekstremis
19 Mei 2020
Pihak berkuasa menyoal siasat Aleksandr. Mereka mencurigai Aleksandr menyertai kegiatan ekstremis
20 April 2020
Kes jenayah terhadap Aleksandr, Irina, dan Matrena telah difailkan
Profil
Kita yakin bahawa Yehuwa, Tuhan kita, memerhatikan dan mengasihi setiap hamba-Nya yang setia. Dia akan terus menjaga mereka.—Yesaya 49:15.