Lompat ke kandungan

Saudara Dmitriy Terebilov bersama isterinya, Irina

5 OGOS 2021
RUSIA

TERKINI | Saudara Dmitriy Terebilov Mungkin Dipenjarakan buat Kali Kelima, tetapi Kali Ini demi Imannya

TERKINI | Saudara Dmitriy Terebilov Mungkin Dipenjarakan buat Kali Kelima, tetapi Kali Ini demi Imannya

Pada 22 September 2022, Mahkamah Kasasi Bidang Kuasa Am yang Kedua menolak rayuan kedua Saudara Dmitriy Terebilov. Dia tetap dipenjarakan.

Pada 12 Januari 2022, Mahkamah Wilayah Kostroma menolak rayuan Dmitriy.

Garis Masa

  1. 6 September 2021

    Mahkamah Daerah Sverdlovskiy di bandar Kostroma mengenakan hukuman penjara tiga tahun ke atas Dmitriy. Dia ditahan serta-merta selepas keputusan itu

  2. 8 September 2020

    Perbicaraan mahkamah Dmitriy bermula

  3. 25 Mei 2020

    Dmitriy didakwa secara rasmi dan dikenakan sekatan perjalanan

  4. 19 September 2019

    Akaun bank Dmitriy dibekukan

  5. 13 Jun 2019

    Kes jenayah Dmitriy dibuka. Dia didakwa mengedarkan bahan bacaan yang haram dan menyertai perjumpaan organisasi haram

  6. 25 Julai 2018

    Rumah Dmitriy digeledah semasa dia dan isteri dalam perjalanan pulang dari konvensyen di Moldova. Mereka ditahan dan disoal siasat sejurus selepas sampai ke rumah

Profil

Kami yakin bahawa “kuasa suci Tuhan yang mulia ada pada” Dmitriy semasa dia terus menikmati sukacita “dihina kerana nama Kristus.”—1 Petrus 4:14.