Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Saudari Nadezhda Korobochko, Saudara Igor Kletkin, dan Saudara Nikolay Kononenko

1 APRIL 2024 | DIKEMASKINIKAN: 30 JULAI 2024
RUSIA

TERKINI—TIGA SAUDARA SAUDARI DISABITKAN | “Saya Bertekad untuk Tidak Putus Asa”

TERKINI—TIGA SAUDARA SAUDARI DISABITKAN | “Saya Bertekad untuk Tidak Putus Asa”

Pada 30 Julai 2024, Mahkamah Bandar Nikolaevsk-on-Amur di Kawasan Khabarovsk mensabitkan Saudara Igor Kletkin, Saudara Nikolay Kononenko, dan Saudari Nadezhda Korobochko. Igor dan Nikolay masing-masing menerima hukuman penjara tertangguh selama enam tahun. Nadezhda pula terima hukuman penjara tertangguh selama lima tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Kita bersyukur atas jagaan dan sokongan Yehuwa terhadap umat yang mempercayai-Nya dan yang berkata, “Engkaulah Tuhanku.”—Mazmur 31:14.

Garis Masa

  1. 11 Oktober 2021

    Rumah Igor dan Nadezhda digeledah. Igor dimasukkan ke pusat tahanan sementara

  2. 12 Oktober 2021

    Nadezhda disoal siasat

  3. 13 Oktober 2021

    Igor dibebaskan dari pusat tahanan sementara

  4. 14 Oktober 2021

    Igor dan Nadezhda dikenakan sekatan perjalanan

  5. 27 September 2022

    Nikolay dikenakan sekatan perjalanan

  6. 16 Januari 2023

    Perbicaraan kes jenayah bermula