3 FEBRUARI 2022
RUSIA
TERKINI | Terus Aktif Bantu Saudara Andrey Vlasov Tetap Positif
Pada 26 Julai 2022, Mahkamah Wilayah Kemerovo menolak rayuan Saudara Andrey Vlasov. Dia terus dipenjarakan.
Pada 23 Mei 2022, Mahkamah Daerah Pusat di Bandar Prokopyevsk mensabitkan Andrey dan menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun. Hukumannya berkuat kuasa dengan serta-merta.
Garis Masa
2 Julai 2020
Siasatan ke atas Andrey dimulakan kerana disyaki mengatur aktiviti organisasi ekstremis
12 Julai 2020
Para pegawai FSB menggeledah rumah Andrey dan tempat kerjanya. Mereka merampas alat-alat elektronik dan Bible. Andrey ditempatkan di pusat tahanan sementara, manakala isterinya Nataliya, disoal siasat
14 Julai 2020
Dibebaskan dari tahanan dan ditahan di rumah
9 Jun 2021
Perbicaraan mahkamah bermula
Profil
Memang suatu penghormatan untuk jadi rakan sekerja Andrey serta saudara saudari lain di Rusia dan Crimea seraya mereka tetap bersukacita dan berdiri teguh kerana iman terhadap Yehuwa.—2 Korintus 1:24.