Lompat ke kandungan

Saudari Tatyana Sholner

21 JUN 2021
RUSIA

TERKINI | Walaupun Dianiaya, Saudari Tatyana Sholner Tetap Beriman dan Bersukacita

TERKINI | Walaupun Dianiaya, Saudari Tatyana Sholner Tetap Beriman dan Bersukacita

Pada 14 September 2022, Mahkamah Kasasi Bidang Kuasa Am yang Kesembilan menolak rayuan kedua Saudari Tatyana Sholner. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Pada 16 Disember 2021, Mahkamah Wilayah Autonomi Yahudi menolak rayuan Tatyana.

Pada 25 Jun 2021, Mahkamah Daerah Birobidzhan di Wilayah Autonomi Yahudi menyatakan Tatyana bersalah dan mengenakan hukuman penjara tertangguh selama 30 bulan atasnya.

Profil

Tatyana Sholner

  • Tahun Lahir: 1993 (Birobidzhan)

  • Biografi: Bapa Tatyana mati dengan tragis semasa dia sangat muda. Jadi, ibunya membesarkannya dan adiknya seorang diri. Bekerja di farmasi. Suka luncur ais, berbasikal, dan bermain bola tampar

    Dia mula berminat tentang Bible semasa belajar menjahit di kolej teknikal. Dia kagum dengan rakan sekelasnya yang merupakan Saksi Yehuwa. Apabila sepupunya yang berumur 12 tahun meninggal pada 2014, Tatyana dilegakan oleh harapan pembangkitan. Dibaptis pada 2017

Sejarah Kes

Pada 6 Februari 2020, pihak berkuasa Rusia di Birobidzhan membuka kes jenayah ke atas enam saudari kita, termasuk Tatyana yang berumur 27 tahun. Mereka semua dituduh kononnya melakukan kegiatan ekstremis hanya kerana mengamalkan aktiviti agama mereka. Sejumlah 19 kes telah dibuka terhadap Saksi-Saksi Yehuwa di Wilayah Autonomi Yahudi.

Tatyana yakin bahawa Yehuwa membantunya mengharungi cubaan ini. Dia menjelaskan, “Apabila penganiayaan bermula, saya tidak dapat menyembah Yehuwa seperti dulu. Tapi saya tidak pernah lupa membaca Bible. Saya luahkan segala isi hati dan kerisauan saya kepada Yehuwa. Saya berdoa untuk kuasa suci Tuhan membantu saya menanggung segalanya dan tetap setia sampai akhir. Saya juga memohon keberanian dan kebijaksanaan supaya dapat membela nama Tuhan di mahkamah.”

Tatyana menyambung, “Saya tetap bersukacita kerana tahu bahawa Yehuwa selalu menyokong, membantu, dan melindungi umat-Nya. Yehuwa sedang memegang saya dengan tangan kanan-Nya yang kuat. Ini membantu saya beriman sepenuhnya kepada Yehuwa dan tetap tenang semasa menghadapi tentangan.”—Yesaya 41:10.

Sementara menantikan keputusan mahkamah, kita percaya bahawa dengan bantuan Yehuwa, Tatyana akan terus ‘tabahkan hatinya semasa ditimpa kesengsaraan.’—Roma 12:12.