24 MAC 2022
RUSIA
TERKINI | Yehuwa Menyokong Keluarga Enam Orang Saudara yang Ditahan sebelum Dibicarakan
Pada 19 September 2022, Mahkamah Bandar Gukovo di Wilayah Rostov menyatakan Saudara Aleksey Dyadkin, Aleksey Goreliy, Nikita Moiseyev, Vladimir Popov, Yevgeniy Razumov, dan Oleg Shidlovskiy bersalah. Saudara Goreliy dan Shidlovskiy dijatuhkan hukuman penjara enam tahun setengah. Saudara Dyadkin, Moiseyev, Popov, dan Razumov pula dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun. Hukuman mereka berkuat kuasa serta-merta.
Garis Masa
8 Ogos 2020
Pegawai FSB telah menggeledah 17 rumah Saksi-Saksi Yehuwa di tiga bandar di Wilayah Rostov dan di bandar Kursk. Saudara Goreliy, Moiseyev, Razumov, dan Shidlovskiy ditahan, dan pada hari berikutnya mereka dipenjarakan sebelum dibicarakan. Saudara Popov dimasukkan dalam senarai persekutuan orang yang dikehendaki
12 Ogos 2020
Pegawai FSB menahan Saudara Popov. Dua hari kemudian, dia dipenjarakan sebelum dibicarakan
21 Ogos 2020
Setelah disoal siasat, Saudara Dyadkin dipenjarakan sebelum dibicarakan
28 Jun 2021
Seorang peguam melawat enam orang saudara itu di pusat tahanan sebelum perbicaraan. Mereka memberitahunya tentang keadaan buruk di pusat tahanan, termasuk suhu yang menjangkau 40 darjah Celsius, dinding yang berkulapuk, dan tahanan lain yang dijangkiti COVID-19
21 Julai 2021
Saudara Popov mengalami masalah pernafasan, maka dia dihantar ke unit perubatan di pusat tahanan yang lain. Kemudian dia dipindahkan ke sebuah hospital
30 September 2021
Selepas berada di hospital untuk lebih daripada dua bulan, Saudara Popov dipindahkan kembali ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
17 November 2021
Prosedur perbicaraan jenayah bermula, dan tempoh masa enam orang saudara itu ditahan dilanjutkan
Profil
Kami terus berdoa kepada Yehuwa bagi pihak saudara-saudara ini dan keluarga mereka. Kami yakin Yehuwa akan memberi mereka kekuatan dan iman yang diperlukan.—Roma 15:30.