Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Saudari Tatyana Bondarenko, Tatyana Svoboda, dan Yelena Nesterova

10 JULAI 2023
RUSIA

Tiga Saudari Disabitkan Bersalah di Komsomolsk-on-Amur

Tiga Saudari Disabitkan Bersalah di Komsomolsk-on-Amur

Pada 23 Mac 2023, Mahkamah Daerah Centralniy di Komsomolsk-on-Amur mensabitkan Saudari Tatyana Bondarenko, Yelena Nesterova, dan Tatyana Svoboda. Mereka dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama lima tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Kita berdoa agar Yehuwa terus memberkati dan menguatkan para saudari kita yang setia.—Rut 2:12.

Garis Masa

  1. 21 September 2021

    Kes jenayah dibuka terhadap Tatyana Svoboda

  2. 18 Oktober 2021

    Tatyana Bondarenko dan Yelena Nesterova dimasukkan ke dalam kes siasatan tersebut

  3. 20 Oktober 2021

    Rumah-rumah mereka digeledah

  4. 28 Ogos 2022

    Mereka didakwa

  5. 28 Disember 2022

    Perbicaraan kes jenayah bermula

  6. 23 Mac 2023

    Mereka disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama lima tahun