Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan: Saudari Kishta Tutinova, Tsagan Khalgaeva, dan Yekaterina Menkova

28 JUN 2024
RUSIA

Tiga Saudari Disabitkan Bersalah di Republik Kalmykia, Rusia

Tiga Saudari Disabitkan Bersalah di Republik Kalmykia, Rusia

Pada 24 Jun 2024, Mahkamah Bandar Elista di Republik Kalmykia mensabitkan Saudari Tsagan Khalgaeva, Yekaterina Menkova, dan Kishta Tutinova. Tsagan dan Yekaterina masing-masing dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun. Kishta pula dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama tiga tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Kita menghargai contoh baik saudara saudari pada zaman moden ini. Kita bersyukur Yehuwa memperhatikan segala cubaan kita dan akan memberkati kesetiaan kita.—Mazmur 37:18.

Garis Masa

  1. 16 Februari 2023

    Kes jenayah dibuka terhadap Kishta

  2. 28 Februari 2023

    Rumah para Saksi digeledah. Kishta dimasukkan ke pusat tahanan sementara

  3. 1 Mac 2023

    Tsagan kehilangan pekerjaannya oleh sebab dia dituduh sebagai seorang penjenayah. Kishta dibebaskan dari pusat tahanan sementara tetapi ditahan di rumah

  4. 21 Julai 2023

    Kishta tidak lagi ditahan di rumah

  5. 19 Disember 2023

    Kes jenayah dibuka terhadap Yekaterina dan Tsagan. Mereka berdua dikenakan sekatan perjalanan

  6. 9 Februari 2024

    Kishta dikenakan sekatan perjalanan

  7. 1 April 2024

    Perbicaraan kes jenayah bermula

  8. 24 Jun 2024

    Disabitkan dan dikenakan hukuman penjara tertangguh