Lompat ke kandungan

Baris atas (kiri ke kanan): Saudara Nikolay Anufriyev; Saudara Eduard Merinkov dan isterinya, Valentina; Saudara Gennadiy Polyakevich; dan Saudara Aleksandr Prilepskiy

Baris bawah (kiri ke kanan): Saudara Viktor Shchannikov dan isterinya, Viktoria; Saudara Gennadiy Skutelets; serta Saudara Aleksandr Vorontsov dan isterinya, Yelena

20 JANUARI 2022
RUSIA

Tujuh Orang Saudara di Rusia Bergantung pada Yehuwa, Sumber Kekuatan Mereka

Tujuh Orang Saudara di Rusia Bergantung pada Yehuwa, Sumber Kekuatan Mereka

Mahkamah Bandar Pechora di Republik Komi bakal mengumumkan keputusan berkenaan kes yang melibatkan Saudara Nikolay Anufriyev, Eduard Merinkov, Gennadiy Polyakevich, Aleksandr Prilepskiy, Viktor Shchannikov, Gennadiy Skutelets, dan Aleksandr Vorontsov. Pihak pendakwa belum menyatakan hukuman yang akan dijatuhkan.

Garis Masa

  1. 28 Januari 2020

    Pihak berkuasa menggeledah rumah 12 keluarga Saksi-Saksi Yehuwa di Republik Komi. Kes jenayah terhadap Saudara Polyakevich dan Skutelets telah dibuka

  2. 30 Januari 2020

    Gennadiy Polyakevich dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan, dan Gennadiy Skutelets ditahan di rumah

  3. 20-25 Mei 2020

    Pihak berkuasa menyoal siasat rakan seiman dari Pechora untuk menentukan jika mereka akan digunakan sebagai saksi kes ini. Selepas diugut oleh pegawai penyiasat, seorang saudara mengalami strok. Saudara itu kini sudah sembuh

  4. 26 Jun 2020

    Tempoh tahanan Gennadiy Polyakevich telah dilanjutkan. Hakim menyatakan bahawa Gennadiy Polyakevich dituduh “melakukan jenayah yang besar dengan sengaja,” termasuk bercakap tentang “pentingnya untuk terus menyembah Yehuwa walaupun mengalami penganiayaan daripada pihak berkuasa”

  5. 24 Ogos 2020

    Pihak berkuasa menggeledah rumah 12 keluarga Saksi lain

  6. 10 November 2020

    Kes jenayah telah dibuka terhadap Aleksandr Prilepskiy, Aleksandr Vorontsov, Eduard, Nikolay, dan Viktor. Kes ini telah digabungkan dengan kes yang melibatkan Gennadiy Polyakevich dan Gennadiy Skutelets

  7. 25 November 2020

    Gennadiy Polyakevich dibebaskan selepas menghabiskan 300 hari di pusat tahanan sebelum perbicaraan, tetapi kemudian dia ditahan di rumah

  8. 27 Januari 2021

    Selepas 363 hari ditahan di rumahnya, Gennadiy Skutelets dibebaskan

Profil

Kita yakin bahawa saudara saudari kita yang menunjukkan iman terhadap kebaikan Yehuwa akan diberkati sekarang dan pada masa depan.—Mazmur 27:13.