Lompat ke kandungan

Saudara Vasiliy Meleshko yang dibebaskan dari penjara disambut oleh isterinya Zoya dan anak lelaki mereka. Sisipan: Vasiliy dan Zoya

16 JULAI 2024
RUSIA

Vasiliy Meleshko Dibebaskan dari Penjara di Rusia

Vasiliy Meleshko Dibebaskan dari Penjara di Rusia

Pada 12 Julai 2024, Saudara Vasiliy Meleshko telah dibebaskan dari penjara. Dia disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun pada 2021.

Sepanjang masa itu, Vasiliy ditempatkan di sekurang-kurangnya tujuh penjara yang berbeza. Pernah sekali, isteri Vasiliy, iaitu Zoya, tidak diberitahu lokasi Vasiliy untuk hampir sebulan. Oleh kerana Vasiliy mempunyai beberapa masalah kesihatan, Zoya sangat risau tentang keadaannya.

Walaupun mereka harus berpisah untuk beberapa tahun, Zoya menjelaskan apa yang membantu mereka bertabah. Dia kata, “Kami tahu Syaitan akan sangat gembira jika kami biarkan penganiayaan melemahkan kerohanian dan ikatan perkahwinan kami.” Zoya menambah, “Jadi, saya dan Vasiliy berusaha sedaya upaya untuk menguatkan lagi hubungan dan kerohanian kami. Vasiliy menulis surat-surat kepada saya dan mengungkapkan kasihnya kepada saya. Dia juga selalu menggalakkan saya dan menguatkan iman saya.”

Kita bersyukur kerana Vasiliy kini dapat bersatu semula dengan Zoya dan keluarga serta kawan-kawan mereka. Kita terus berdoa untuk rakan seiman lain yang masih dipenjarakan. Pada masa yang sama, kita yakin bahawa Yehuwa akan menjaga kita semua semasa kita mengharungi pelbagai cabaran.—Mazmur 55:22.