Lompat ke kandungan

Saudara saudari berumur 60 tahun dan ke atas yang dipenjarakan di Rusia kerana iman mereka

2 OGOS 2021
RUSIA

Warga Emas yang Setia Tetap Bersukacita walaupun Disabitkan

Warga Emas yang Setia Tetap Bersukacita walaupun Disabitkan

Sejak perbadanan sah Saksi-Saksi Yehuwa di Rusia diharamkan pada 2017, pihak berkuasa menganiaya saudara saudari kita dengan sewenang-wenangnya. Saudara saudari itu berumur dari 18 hingga 89 tahun. Setakat Julai 2021, 18 saudara saudari yang berumur 60 tahun dan ke atas telah disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman semata-semata kerana menyembah Tuhan secara aman. Tiga antara mereka kini dipenjarakan. a Berita Terkini Badan Pimpinan 2021 #4 menunjukkan betapa teruknya serangan atas saudara saudari yang lanjut usia.

Bagaimanakah saudara saudari kita yang lanjut usia tabah mengharungi penganiayaan ini? Kami gembira mengongsi komen yang menggalakkan daripada beberapa rakan seiman kita yang setia.

Kita bersyukur atas teladan baik warga emas yang setia di Rusia. Pendirian mereka yang berani demi apa yang benar patut dicontohi, dan yang terpenting sekali, indah pada mata Tuhan.—Amsal 16:31.

a Saudari Valentina Baranovskaya, umur 70 tahun, kini dipenjarakan selama dua tahun. Saudara Aleksandr Ivshin, umur 63 tahun, kini dipenjarakan selama tujuh tahun setengah. Saudara Yuriy Savelyev, umur 68 tahun, kini dipenjarakan selama enam tahun.