Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Saudara Aleksandr Sobyanin, Vladimir Timoshkin, dan Vladimir Poltoradnev

12 SEPTEMBER 2023
RUSIA

“Yehuwa Akan Selalu Bantu Saya!”

“Yehuwa Akan Selalu Bantu Saya!”

Pada 18 Ogos 2023, Mahkamah Bandar Solikamsk di Kawasan Perm mensabitkan Saudara Vladimir Poltoradnev, Aleksandr Sobyanin, dan Vladimir Timoshkin. Mereka dikenakan denda sebanyak 638,000 ruble (6,787 dolar Amerika), 494,000 ruble (5,255 dolar Amerika), dan 512,000 ruble (5,447 dolar Amerika). Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Kita yakin bahawa mereka yang terus percaya kepada Yehuwa akan meraih berkat daripada kasih setia-Nya.—Mazmur 13:5, 6.

Garis Masa

  1. 28 Julai 2020

    Rumah-rumah para saudara digeledah. Ketiga-tiga saudara dimasukkan ke pusat tahanan sementara

  2. 29 Julai 2020

    Vladimir Timoshkin dibebaskan daripada pusat tahanan dan kemudiannya ditahan di rumah

  3. 30 Julai 2020

    Aleksandr dibebaskan daripada pusat tahanan dan dikenakan sekatan perjalanan

  4. 31 Julai 2020

    Vladimir Poltoradnev dibebaskan daripada pusat tahanan dan kemudiannya ditahan di rumah

  5. 24 September 2020

    Vladimir Poltoradnev tidak lagi ditahan di rumah tetapi dikenakan sekatan perjalanan

  6. 26 Oktober 2020

    Vladimir Timoshkin tidak lagi ditahan di rumah tetapi dikenakan sekatan perjalanan

  7. 16 Mei 2023

    Perbicaraan kes jenayah bermula

a Tiada komen peribadi yang tersedia daripada Saudara Vladimir Timoshkin.