Lompat ke kandungan

RUSIA

Detik Bersejarah di Rusia

Detik Bersejarah di Rusia
  1. 5 MEI 2018—Mahkamah Bandar Saint Petersburg menyokong keputusan yang membenarkan pihak kerajaan merampas Administrative Center of Jehovah’s Witnesses di Rusia

    BACA LEBIH LANJUT

  2. 17 JULAI 2017—Rayuan bagi keputusan mahkamah pada 20 April telah ditolak. Keputusan untuk mengharamkan Saksi-Saksi Yehuwa dikuatkuasakan

    BACA LEBIH LANJUT

  3. 20 APRIL 2017—Mahkamah Agung Persekutuan Rusia memutuskan untuk mengharamkan semua kegiatan Saksi-Saksi Yehuwa di Rusia

    BACA LEBIH LANJUT

  4. 30 NOVEMBER 2015—Seramai 16 Saksi yang dibicarakan semula di Taganrog disabitkan bersalah dan dinyatakan melakukan jenayah kerana mengamalkan kepercayaan mereka. Hakim menangguhkan pelaksanaan hukuman mereka

    BACA LEBIH LANJUT

  5. 2 DISEMBER 2014—Mahkamah Agung Persekutuan Rusia mengharamkan laman web jw.org

    BACA LEBIH LANJUT

  6. 30 JULAI 2014—Seramai 7 daripada 16 Saksi yang dibicarakan di Taganrog disabitkan bersalah dan dinyatakan melakukan jenayah kerana mengamalkan kepercayaan mereka

    BACA LEBIH LANJUT

  7. 10 JUN 2010—Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah menyatakan bahawa pengharaman Moscow Community of Jehovah’s Witnesses merupakan perbuatan yang mencabuli hak asasi manusia

  8. 11 SEPTEMBER 2009—Mahkamah Wilayah Rostov mengisytiharkan 34 bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa sebagai bahan ekstremis

  9. 2009—Penguat kuasa undang-undang menyalahgunakan Undang-Undang untuk Melawan Kegiatan Ekstremis

  10. 26 MAC 2004Moscow Community of Jehovah’s Witnesses diharamkan

  11. MAC 1996—Saksi-Saksi Yehuwa dinyatakan tidak bersalah dan dianggap sebagai mangsa penindasan politik

  12. 11 DISEMBER 1992—Persekutuan Rusia mendaftarkan Saksi-Saksi Yehuwa secara sah

  13. 27 MAC 1991—Kesatuan Soviet mendaftarkan Saksi-Saksi Yehuwa secara sah

  14. OKTOBER 1965—Larangan dan penganiayaan dari pihak kerajaan mula berkurang

  15. APRIL 1951—Sekitar 9,500 Saksi dari enam republik Soviet dibuang negeri ke Siberia

  16. 1928—Saksi-Saksi Yehuwa gagal mendapat pengiktirafan sah. Para Saksi mula dianiaya selama bertahun-tahun

  17. 1891—Saksi pertama dari Rusia yang dibuang negeri ke Siberia

  18. 1887—Catatan pertama mengenai majalah Menara Pengawal yang dikirim ke Rusia