Lompat ke kandungan

22 JUN 2018
RUSIA

Temu Ramah: Kisah Lima Saudari semasa Rumah Mereka Digeledah di Ufa, Rusia

Temu Ramah: Kisah Lima Saudari semasa Rumah Mereka Digeledah di Ufa, Rusia

Pada awal pagi tanggal 10 April 2018, para penyiasat dan polis gerak khas telah menggeledah rumah beberapa orang Saksi di Ufa, ibu kota Bashkortostan, Rusia. Beberapa orang penyiasat dan polis gerak khas memakai topeng dan membawa senjata. Saudara Anatoliy (Tolya) Vilitkevich ditangkap, dan ditahan sehingga kesnya dibicarakan. Lima orang saudari di Ufa, termasuk isteri Tolya, iaitu Alyona, menceritakan pengalaman mereka.