Lompat ke kandungan

23 FEBRUARI 2018
RUSIA

Mahkamah Oryol Melanjutkan Tahanan Reman Dennis Christensen

Mahkamah Oryol Melanjutkan Tahanan Reman Dennis Christensen

Pada 22 Februari 2018, Hakim Aleksey Rudnev dari Mahkamah Zheleznodorozhniy Daerah Oryol memutuskan bahawa Dennis Christensen akan terus ditahan reman sehingga 1 Ogos 2018. En. Christensen didakwa terlibat dalam pengaturan aktiviti sebuah organisasi agama ekstremis. Dia telah ditangkap semasa menghadiri perjumpaan agama Kristian yang diserbu oleh polis pada Mei 2017.

Perbicaraan awal bermula pada 19 Februari. Ketika itu, hakim menangguhkan keputusan untuk usul yang difailkan oleh kedua-dua pihak. Semasa perbicaraan pada 22 Februari, hakim menolak semua usul yang difailkan oleh peguam En. Christensen dan memutuskan untuk melanjutkan tempoh dia ditahan reman. Perbicaraan seterusnya dijadualkan untuk berlangsung pada 26 Februari, jam 2:30 petang.

Saksi-Saksi Yehuwa di serata dunia prihatin tentang keadaan En. Christensen dan berdoa agar isterinya Irina dapat tetap bertabah. Setakat ini, En. Christensen sudah ditahan reman selama sembilan bulan.