Lompat ke kandungan

27 DISEMBER 2018
RUSIA

Mahkamah Rusia Menjatuhkan Hukuman terhadap Arkadya Akopyan yang Berusia 70 Tahun

Mahkamah Rusia Menjatuhkan Hukuman terhadap Arkadya Akopyan yang Berusia 70 Tahun

Pada hari Khamis, 27 Disember, Oleg Golovasho, hakim Mahkamah Daerah Prohladniy di Rusia, telah mengumumkan keputusan kes Saudara Arkadya Akopyan. Mahkamah menjatuhkan hukuman 120 jam khidmat komuniti ke atas Saudara Arkadya Akopyan, seorang tukang jahit berumur 70 tahun yang sudah bersara. Hukuman ini dijatuhkan atas dakwaan bahawa kononnya Saudara Arkadya menyuruh orang yang bukan Saksi untuk mengedarkan bahan bacaan ekstremis. Tuduhan ini memang tidak masuk akal.

Walaupun Saudara Akopyan tidak dipenjarakan, hukuman ini sememangnya mencabuli hak asasi manusia. Maka, rayuan akan dibuat ke mahkamah yang lebih tinggi.

Pada minggu-minggu yang akan datang, kami menantikan keputusan mahkamah yang melibatkan Dennis Christensen. Kami berdoa agar Yehuwa terus menyokong dan melegakan hati saudara saudari kita di Rusia yang menghadapi hukuman penjara kerana iman mereka.—2 Tesalonika 2:16, 17.