16 FEBRUARI 2018
RUSIA
Mahkamah Oryol Akan Membicarakan Kes Dennis Christensen
Perbicaraan awal bagi kes yang melibatkan Dennis Christensen akan bermula pada 19 Februari 2018. En. Christensen, seorang warganegara Denmark dan salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa, telah ditahan reman di Oryol, Rusia sejak Mei 2017.
Pada 31 Januari 2018, Timbalan Pendakwa Raya Daerah Oryol telah memfailkan dokumen setebal 76 muka surat untuk mendakwa En. Christensen. En. Christensen dituduh di bawah Perkara 282.2(1) Kanun Jenayah Persekutuan Rusia, iaitu pengaturan aktiviti sebuah organisasi agama ekstremis. Hukuman maksimum untuk jenayah ini ialah penjara selama 10 tahun.
En. Christensen tidak melakukan apa-apa jenayah. Dia ditahan semasa menghadiri pertemuan agama yang damai bersama isteri dan rakan seimannya. Perbicaraan itu akan bermula pada jam 2:30 petang pada 19 Februari 2018 di Mahkamah Zheleznodorozhniy Daerah Oryol.