Lompat ke kandungan

17 APRIL 2018
RUSIA

Mahkamah Bakal Mendengar Rayuan atas Keputusan untuk Merampas Pejabat Cawangan Saksi-Saksi Yehuwa di Rusia

Mahkamah Bakal Mendengar Rayuan atas Keputusan untuk Merampas Pejabat Cawangan Saksi-Saksi Yehuwa di Rusia

Pada 3 Mei 2018, Mahkamah Bandar Saint Petersburg akan mendengar rayuan Saksi-Saksi Yehuwa atas keputusan yang mengizinkan kerajaan Rusia untuk merampas pejabat cawangan mereka di Rusia. Jika rayuan Saksi-Saksi Yehuwa ditolak, pejabat cawangan mereka akan menjadi hak milik kerajaan Rusia dengan serta-merta.

Sebelum ini, Mahkamah Daerah Sestroretskiy mengetepikan bukti bahawa pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa di Rusia adalah milik Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania (WTPA), iaitu sebuah perbadanan bukan untung yang berpusat di Amerika Syarikat. WTPA memiliki dan membayar cukai untuk pejabat cawangan itu selama 17 tahun. Namun, pada 7 Disember 2017, mahkamah daerah itu menyatakan bahawa kontrak hak milik WTPA tidak sah. Jika rayuan Saksi-Saksi Yehuwa ditolak dan tiada rayuan lain yang dapat dibuat dalam sistem perundangan di Rusia, mereka akan membawa kes ini ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.

Perbicaraan ini akan bermula pada 3 Mei 2018 jam 11:30 pagi di Mahkamah Bandar Saint Petersburg, ul. Basseynaya, 6, St. Petersburg, Rusia.