Lompat ke kandungan

23 MEI 2018
RUSIA

Layanan Buruk terhadap Saksi-Saksi Yehuwa Dikutuk oleh Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat

Layanan Buruk terhadap Saksi-Saksi Yehuwa Dikutuk oleh Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat

Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat masing-masing telah mengeluarkan pernyataan yang menunjukkan bahawa mereka prihatin terhadap cara Saksi-Saksi Yehuwa dilayan oleh kerajaan Rusia. Pernyataan mereka menunjukkan bahawa kerajaan Rusia tidak menepati janji mereka. Sebelum ini, kerajaan Rusia menyatakan bahawa Saksi-Saksi Yehuwa boleh beribadat dengan bebas biarpun badan berkanun Saksi-Saksi Yehuwa diharamkan. Tetapi, seperti yang dinyatakan dalam pernyataan Kesatuan Eropah, “kata-kata kerajaan Rusia tidak selaras dengan tindakan yang diambil oleh mereka.” Pernyataan Amerika Syarikat pula menyatakan bahawa tindakan Rusia “sangat bertentangan” dengan kata-kata mereka kerana kerajaan Rusia memperlakukan para Saksi dengan buruk.

Kerajaan Rusia telah memenjarakan lapan orang saudara dan sedang melakukan 12 kes siasatan jenayah di 11 buah kota. Semakin banyak bangunan milik Saksi-Saksi Yehuwa telah dirampas. Tetapi yang paling menyedihkan ialah penderitaan yang dialami oleh para Saksi yang dianiaya kerana kepercayaan mereka.

Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat telah meminta kerajaan Rusia agar menepati janji mereka untuk menghormati hak rakyatnya untuk mempunyai kebebasan berfikir, kebebasan untuk mengikut hati nurani, dan kebebasan beragama atau berkepercayaan.

Pautan kepada pernyataan yang disebutkan dalam rencana ini:

https://www.osce.org/permanent-council/381820

https://www.osce.org/permanent-council/381823