Lompat ke kandungan

Atas kiri: Surat bertarikh 15 Mac 2023, daripada menteri pendidikan. Bawah: Beberapa Saksi muda yang dibuang sekolah dan ibu bapa mereka

1 MEI 2023
RWANDA

Kementerian Pendidikan Rwanda Menjunjung Hak Kebebasan Beragama Murid-Murid Sekolah

Kementerian Pendidikan Rwanda Menjunjung Hak Kebebasan Beragama Murid-Murid Sekolah

Pada 15 Mac 2023, menteri pendidikan Rwanda mengeluarkan perintah kepada semua sekolah di negara itu untuk menerima kembali Saksi-Saksi Yehuwa yang telah dibuang sekolah. Para Saksi ini dihukum kerana mereka enggan mengikut arahan sekolah untuk menyertai upacara agama tertentu atas dasar hati nurani. Sekurang-kurangnya 80 murid yang merupakan Saksi telah dibuang sekolah.

Menteri pendidikan telah menghantar surat kepada semua datuk bandar dan pentadbir sekolah di Rwanda. Dalam surat tersebut, menteri pendidikan menyatakan bahawa para pelajar tidak boleh dibuang sekolah kerana mengamalkan kepercayaan agama mereka. Merujuk kepada Perlembagaan Republik Rwanda, dia menyatakan, “Setiap rakyat Rwanda berhak menerima pendidikan. Kebebasan berfikir, kebebasan untuk mengikut hati nurani, dan kebebasan beragama dijamin oleh perlembagaan negara.” Dia juga menulis bahawa sesiapa yang menghalang seorang anak daripada menghadiri sekolah “merupakan satu kesalahan dan boleh dihukum.” Dia mengingatkan pihak sekolah bahawa “tiada pelajar yang boleh dibuang sekolah hanya kerana mereka ada pemikiran, hati nurani, dan agama masing-masing . . . Maka, pihak sekolah mesti menghentikan layanan yang tidak adil ini dan menerima kembali pelajar yang telah dibuang sekolah.”

Saudari Jeanette Niyonkuru adalah antara mereka yang dibuang sekolah. Dia kata, “Saya tidak dapat pergi sekolah selama setahun. Akhirnya, sebuah sekolah menerima permohonan saya, tetapi saya perlu berjalan selama dua jam setiap hari untuk menghadiri kelas.” Mereka yang tidak berupaya untuk pergi ke sekolah yang jauh terpaksa berhenti sekolah.

Saudara dan Saudari Hakizimana mempunyai tiga orang anak yang dibuang sekolah kerana enggan menyertai upacara agama di sekolah. Saudara Hakizimana kata, “Kami menghantar surat kepada pengetua sekolah, tapi dia tidak memberi jawapan. Kami bahkan buat aturan untuk berjumpa dengan pengarah sekolah. Dia mendengar anak-anak kami menjelaskan pendirian Kristian mereka dengan menggunakan Bible. Namun, masalah ini tidak dapat diselesaikan. Kami sangat gembira semasa mendapat tahu tentang arahan daripada menteri pendidikan. Kami pun berjumpa dengan pegawai daerah selepas itu, dan anak-anak kami dapat kembali ke sekolah.”

Kami menghargai arahan ini daripada menteri pendidikan yang melindungi hak murid-murid sekolah di Rwanda. Sememangnya, para Saksi muda di negara ini telah mengekalkan ‘hati nurani yang bersih’ dan memuliakan nama Yehuwa.—1 Petrus 3:16.