Lompat ke kandungan

31 JANUARI 2023
SENEGAL

Pameran JW.ORG Menarik Pelawat di Senegal

Pameran JW.ORG Menarik Pelawat di Senegal

Pada 15 hingga 31 Disember 2022, Saksi-Saksi Yehuwa menyertai Pameran Antarabangsa Dakar (FIDAK) di Senegal buat kali pertama. Tahun 2022 ialah ulang tahun ke-30 pameran antarabangsa tersebut. Terdapat pelbagai pameran kraf tangan, kebudayaan, dan perkhidmatan awam. Acara ini telah menarik ribuan pelancong dari pelbagai tempat di Afrika dan serata dunia.

Saudara saudari telah menyediakan sebuah ruang pameran yang menonjolkan bahan terbitan daripada laman web jw.org. Selain itu, terdapat bahan terbitan tentang topik keluarga yang dipamerkan. Para penyiar menunjukkan video daripada siri Jadilah Sahabat Yehuwa, Animasi Papan Putih, dan juga video temu ramah bersama remaja dalam siri Pandangan Remaja Lain.

Beberapa pengunjung tidak pernah dengar tentang laman web jw.org dan terus melayarinya menerusi handphone mereka. Ramai juga kagum dengan laman web kita kerana mempunyai bahan terbitan dalam lebih daripada 1,000 bahasa, termasuk bahasa Wolof yang biasa digunakan di Senegal. Lebih daripada 3,000 bahan terbitan telah diedarkan kepada para pengunjung di pameran itu.

Salah seorang pengunjung kata, “Sepanjang pameran ini, kami paling nikmati masa yang kami luangkan di ruang pameran kamu.” Seorang lagi kata, “Jika ada anugerah untuk ruang pameran yang terbaik, kamulah yang akan menang!”

Saudara Martin Laud yang bantu mengaturkan ruang pameran berkata, “Kami sangat gembira untuk menyambut begitu banyak pengunjung dari pelbagai negara. Mereka meluahkan penghargaan yang ikhlas atas bahan terbitan Bible yang diberikan secara percuma. Bahan-bahan ini mengandungi banyak nasihat praktikal.”

Kita sangat bersukacita semasa mendengar laporan yang menggalakkan daripada aturan ini. Sememangnya, ini merupakan salah satu cara umat Yehuwa terus mengongsi hikmat daripada Firman Tuhan.—Amsal 3:21, 22.