Lompat ke kandungan

6 NOVEMBER 2024
SEPANYOL

Banjir Kilat yang Teruk Menyebabkan Kemusnahan di Tenggara Sepanyol

Banjir Kilat yang Teruk Menyebabkan Kemusnahan di Tenggara Sepanyol

Pada 29 Oktober 2024, hujan lebat yang tidak dijangkakan telah melanda kawasan di bahagian tenggara Sepanyol. Beberapa kawasan di Valencia melaporkan bahawa jumlah hujan yang turun dalam tempoh lapan jam adalah bersamaan dengan jumlah hujan yang biasa diterima dalam tempoh setahun. Contohnya, pekan Turis mendapat kira-kira 64 sentimeter hujan. Banjir dan tanah runtuh menyebabkan banyak tempat dipenuhi lumpur. Selain itu, jalan raya dan jambatan juga mengalami kerosakan teruk. Ribuan orang tidak mempunyai bekalan air, makanan, dan elektrik. Sekurang-kurangnya 217 orang terkorban dan ramai orang hilang.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Sedih sekali, seorang saudari yang berumur 77 tahun telah terkorban

  • 19 penyiar terpaksa berpindah atau meninggalkan tempat itu

  • 1 rumah musnah

  • 21 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 27 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 157 penyiar kehilangan kenderaan mereka akibat banjir

  • 3 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan teruk

Bantuan yang Dihulurkan

  • Wakil pejabat cawangan, para penyelia litar, dan penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mereka yang terjejas

  • Satu Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk mengaturkan kerja bantuan bencana

  • Saudara saudari yang tinggal di kawasan yang lebih selamat menunjukkan kasih dengan menyediakan tempat tinggal sementara untuk rakan seiman yang terjejas akibat bencana ini

Kita turut bersedih dengan semua orang yang terkesan oleh bencana teruk ini yang berlaku di Sepanyol. Sememangnya, kita amat dilegakan oleh janji dalam Bible bahawa orang yang bersandar pada Yehuwa “tidak akan takut” biarpun dilanda malapetaka.—Yesaya 12:2.