14 APRIL 2022
SEPANYOL
Pengeluaran Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam Bahasa Catalan
Pada 2 April 2022, Saudara Alberto Rovira, ahli Jawatankuasa Cawangan Sepanyol, mengumumkan pengeluaran Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu bahasa Catalan dalam bentuk digital. Saksi-Saksi Yehuwa yang berbahasa Catalan di Andorra serta beberapa wilayah Sepanyol (termasuk Kepulauan Balearic, Catalonia, dan Valencia) menonton program istimewa itu secara virtual. Program itu disiarkan kepada lebih daripada 3,000 sambungan menerusi JW Stream. Salinan bercetak Bible baharu ini pula akan tersedia untuk sidang dalam beberapa bulan terdekat.
Bermula sekitar 800 tahun dahulu, Bible bahasa Catalan telah dihasilkan. Salah satu versi terjemahan yang luar biasa dalam bahasa Catalan dikenali sebagai Bible Berima (diterbitkan antara tahun 1282 hingga 1325). Ia mengandungi 18 buku Bible yang diterjemahkan secara bebas (parafrasa) dan berirama. Ini membantu orang ingat ayat-ayat Bible.
Namun, terdapat banyak terjemahan Bible bahasa Catalan yang guna bahasa kuno. Jadi, pembaca susah untuk memahaminya. Terjemahan yang lain pula mengeluarkan nama Yehuwa atau kurang tepat.
Inilah apa yang Saudara Rovira jelaskan semasa program itu: “Kita dapat yakin bahawa Bible ini sampaikan fikiran Tuhan dengan tepat dalam bahasa ibunda kita.”
Kita girang hati kerana penutur bahasa Catalan akan meraih manfaat yang sepenuhnya daripada Firman Tuhan yang berkuasa.—Ibrani 4:12.