19 SEPTEMBER 2022
SEPANYOL
Pengubahsuaian di Cawangan Sepanyol Menyokong Kerja Penterjemahan
Pejabat cawangan Sepanyol baru-baru ini telah selesai kerja pengubahsuaian bagi salah satu bangunan pejabatnya. Bangunan itu kebanyakannya akan digunakan oleh Bahagian Penterjemahan. Pengubahsuaian ini ialah sebahagian daripada pengubahsuaian cawangan berskala besar yang dijadualkan untuk selesai pada 2025.
Kini, bangunan itu termasuk sebuah perpustakaan yang boleh menyimpan 4,000 buku rujukan terjemahan. Perpustakaan itu mengandungi buku-buku yang tidak tersedia dalam bentuk elektronik.
Saudara John Bursnall, ahli Jawatankuasa Cawangan menjelaskan, “Kerja di pejabat cawangan Sepanyol telah berubah dengan banyak sekali sepanjang 25 tahun ini. Dulu, kerja utama pejabat cawangan ini ialah mencetak bahan bacaan dan menyimpan barang. Kini, kami juga menjaga kerja terjemahan bahasa Sepanyol dan Bahasa Isyarat Sepanyol, serta transkripsi Braille dalam banyak bahasa Eropah. Sebab itulah kami perlu ruangan tambahan bagi pejabat. Sudah tentu pengubahsuaian ini akan membolehkan kami memberi sokongan yang lebih baik kepada persaudaraan Kristian sedunia kami.”
Pengubahsuaian untuk empat bangunan tempat tinggal sudah bermula. Sehingga 200 pekerja sukarela pembinaan akan ambil bahagian dalam kerja ini. Tujuh puluh rumah mudah alih sementara kini sedang ditambah di tempat pejabat cawangan untuk para pekerja tinggal.
Terdapat peningkatan yang berterusan di Sepanyol. Kini, ada 120,530 penyiar di situ dan 23,565 yang berkhidmat sebagai perintis biasa. Pada tahun yang lepas, bilangan penginjil sepenuh masa mencapai angka tertinggi selama lapan bulan berturut-turut.
Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus sokong projek yang berterusan ini agar bangunan-bangunan ini akan capai tujuan memuliakan nama suci-Nya.—Mazmur 61:8.