14 OGOS 2019
SLOVAKIA
Konvensyen Serantau Pertama Dalam Bahasa Romany (Slovakia Timur)
Pada 20 hingga 21 Julai 2019, konvensyen serantau yang pertama dalam bahasa Romany telah diadakan di Stadium Winter di Michalovce, Slovakia. Acara yang disingkatkan itu mempunyai hadirin tertinggi seramai 1,276 orang dan 19 orang telah dibaptis.
Konvensyen ini juga dihadiri oleh saudara saudari yang datang dari empat buah negara lain, iaitu Belgium, Great Britain, Republik Czech, dan Ukraine. Salah satu perkara yang dinikmati hadirin ialah sebuah filem dalam bahasa ibunda mereka, yang bertajuk Kisah Yosia: Kasihi Yehuwa; Benci Apa yang Jahat.
Pada November 2014, sidang bahasa Romany yang pertama telah ditubuhkan di Slovakia. Lima tahun kemudian, konvensyen dalam bahasa Romany telah diadakan. Kini, sudah ada 9 sidang, 10 kumpulan, dan 14 prakumpulan yang berbahasa Romany di kawasan penyebaran cawangan Czech-Slovak.
Peter Tirpak, pengurus Stadium Winter, berkata, “Kerjasama daripada Saksi-Saksi Yehuwa sangat bagus. Anda selalu menepati janji. Kami gembira untuk menyambut kedatangan anda lagi.”
Peter Varga, yang berkhidmat sebagai penyelia program konvensyen berkata, “Sebelum ini, saya tidak pernah melihat konvensyen sebegini. Untuk saudara saudari kita yang berbahasa Romany, sememangnya acara teokratik ini sangat bersejarah. Selepas lagu terakhir dinyanyikan, mereka berpelukan walaupun mereka belum saling mengenali. Ramai antara mereka yang menangis.”
Kita bersukacita bersama dengan 1,010 penyiar yang berbahasa Romany di Slovakia. Konvensyen-konvensyen ini menunjukkan dengan jelas bahawa umat Yehuwa memiliki kasih persaudaraan yang ikhlas.—Yohanes 13:34, 35.