Lompat ke kandungan

12 MEI 2023
SUDAN

Pertempuran di Sudan Terus Berlaku

Pertempuran di Sudan Terus Berlaku

Di Khartoum, ibu kota Sudan, sebuah pertempuran meletus antara dua pasukan yang bersenjata pada 15 April 2023. Berita melaporkan bahawa pertempuran tersebut telah menyebabkan lebih daripada 600 orang terbunuh dan 5,000 orang tercedera.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Setelah melarikan diri daripada pertempuran di Khartoum, saudara saudari kita berkumpul di Wad Madani, Sudan untuk mendapatkan galakan rohani

    Tiada saudara saudari kita yang tercedera atau terbunuh

  • Sekurang-kurangnya 318 penyiar terpaksa meninggalkan rumah mereka. Ada yang telah berpindah ke negara lain yang berdekatan

  • Lapan orang dewasa dan lima kanak-kanak tidak dapat meninggalkan tempat kerja dan sekolah mereka buat sementara. Kini, mereka semua sudah bersatu semula dengan keluarga mereka

Bantuan yang Dihulurkan

  • Para penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani kepada mereka yang terkesan

  • Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan di Sudan dan negara yang berdekatan untuk menyelia kerja bantuan bencana dan menghulurkan bantuan praktikal

Kita akan terus berdoa untuk saudara saudari kita yang terkesan oleh keganasan seraya kita menantikan “kedamaian yang melimpah” pada masa depan.—Mazmur 72:7.