Lompat ke kandungan

19 MAC 2021
TAJIKISTAN

Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB Memohon Tindakan Khas untuk Saudara Shamil Khakimov

Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB Memohon Tindakan Khas untuk Saudara Shamil Khakimov

Pada 19 Mac 2021, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB (CCPR) memohon supaya Tajikistan bertindak dengan segera untuk melindungi kesihatan Saudara Shamil Khakimov yang berumur 70 tahun. Saudara kita yang uzur ini telah dipenjarakan sejak Februari 2019 kerana mengamalkan kepercayaannya dengan damai. CCPR telah memohon supaya pihak berkuasa Tajikistan memindahkan Saudara Khakimov ke institusi perubatan khas dan supaya dia dibebaskan dari penjara dan diberikan hukuman alternatif sementara menunggu kesnya dikaji oleh CCPR.