Lompat ke kandungan

22 SEPTEMBER 2021
TAJIKISTAN

Saudara Rustamjon Norov Dibebaskan dari Penjara Tajikistan

Saudara Rustamjon Norov Dibebaskan dari Penjara Tajikistan

Pada 21 September 2021, Saudara Rustamjon Norov telah dibebaskan dari penjara di bandar Yavan, Tajikistan. Dia telah ditahan sejak Oktober 2020 kerana enggan menyertai khidmat tentera atas dasar hati nurani. Dia dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah, tetapi dibebaskan awal kerana undang-undang amnesti yang telah berkuat kuasa pada awal bulan ini.