Lompat ke kandungan

2 OKTOBER 2019
TAJIKISTAN

Saudara Shamil Khakimov, 68 Tahun, Dijatuhkan Hukuman Penjara selama Tujuh Tahun Setengah

Saudara Shamil Khakimov, 68 Tahun, Dijatuhkan Hukuman Penjara selama Tujuh Tahun Setengah

Pada 10 September 2019, Mahkamah Bandar Khujand di Tajikistan menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun setengah terhadap Saudara Shamil Khakimov. Dia disabitkan bersalah hanya kerana mengongsi kepercayaan agamanya dengan orang lain. Saksi-Saksi Yehuwa sedang membuat rayuan terhadap kes itu.

Pengalaman pahit Saudara Khakimov bermula pada awal tahun 2019. Pada 26 Februari, pihak berkuasa menangkap Shamil yang berumur 68 tahun dan menuduhnya “menimbulkan kebencian agama.” Kemudian, dia ditahan sebelum dibicarakan. Penahanannya dilanjutkan selama enam bulan. Hukuman penjara yang dijatuhkan ini memang tidak adil. Tambahan lagi, Saudara Khakimov baru sahaja menjalani prosedur pembedahan dan mempunyai tekanan darah tinggi.

Pada tahun 2017, Daniil Islamov yang berumur 18 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan kerana enggan memakai baju seragam askar. Semenjak itu, inilah kali pertama Saksi-Saksi Yehuwa dipenjarakan lagi di Tajikistan. Kini, terdapat lima buah negara yang memenjarakan Saksi-Saksi Yehuwa, iaitu Eritrea, Rusia, Singapura, Tajikistan, dan Turkmenistan.

Kita berdoa agar Yehuwa terus memberi Saudara Khakimov segala yang diperlukannya untuk tabah mengharungi dugaan ini.—Roma 15:5.