7 JANUARI 2021
TAJIKISTAN
Sebuah Mahkamah Tentera Tajik Menjatuhkan Hukuman Penjara Tiga Tahun Setengah atas Saudara Rustamjon Norov
Pada 7 Januari 2021, sebuah mahkamah tentera Tajik menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah atas Saudara Rustamjon Norov kerana menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani.
Sejurus sebelum keputusan dibuat, Rustamjon diberi peluang untuk bercakap di mahkamah. Dia dengan berani memetik beberapa ayat Bible untuk menjelaskan mengapa dia menolak khidmat tentera. Dia juga menyatakan apa yang telah membantunya tetap teguh.
Dia memetik Filipi 4:13: “Melalui Dia yang memberikan kuasa kepadaku, aku berdaya menghadapi segala keadaan.” Selain itu, dia berkata, “Sepanjang jangka waktu ini, saya dapat rasakan bahawa Tuhan saya, Yehuwa, berada bersama saya dan memberi saya kekuatan supaya tidak menyerah atau menjadi tawar hati, supaya bergembira dan bersukacita, dan supaya saya terus senyum. Maka, saya benar-benar bersyukur kepada-Nya, dan saya berbangga menyembah-Nya sebagai salah seorang Saksi-Nya.”