Lompat ke kandungan

21 MAC 2023
TOGO

Bible Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Kabiye

Bible Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Kabiye

Pada 12 Mac 2023, Saudara Wilfrid Sohinto, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Benin, telah mengumumkan pengeluaran Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Kabiye. Lebih daripada 2,959 orang telah menghadiri program siaran langsung yang diadakan di Kara, Togo. a Sejurus selepas pengeluaran itu, Bible bercetak diedarkan kepada hadirin. Bible dalam bentuk digital juga tersedia untuk dimuat turun.

Bahasa Kabiye ialah bahasa ibunda bagi kira-kira sejuta orang. Bahasa ini dituturkan oleh kebanyakan penduduk di utara Togo, serta di negara Benin dan Ghana.

Pejabat penterjemahan bahasa Kabiye di Kara, Togo

Walaupun terdapat terjemahan Bible lain dalam bahasa Kabiye, hanya Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu yang menggunakan nama Tuhan, iaitu Yehuwa, di seluruh Bible secara konsisten. Terdapat satu lagi terjemahan Bible bahasa Kabiye yang mengandungi nama Yehuwa, tapi nama ini hanya muncul sekali di Keluaran 3:15.

Mengenai pengeluaran Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu, seorang penterjemah kata, “Memang jelas Yehuwa telah menyokong kerja penterjemahan dan penghasilan Bible ini. Kita dapat meraih banyak manfaat semasa menggunakannya dalam kerja penyebaran dan semasa perjumpaan sidang.”

Kita turut bersukacita dengan saudara saudari yang berbahasa Kabiye. Kurniaan berharga ini pasti akan membantu mereka untuk ‘memuji nama Yehuwa.’—Mazmur 135:1.

a Jawatankuasa Cawangan Benin menyelia kerja penyebaran di Togo.