Lompat ke kandungan

Bangunan yang runtuh di bandar Antakya, Turkiye

10 FEBRUARI 2023 | DIKEMASKINIKAN: 17 FEBRUARI 2023
TURKIYE

TERKINI—Ribuan Orang Terkesan Akibat Gempa Bumi di Turkiye

TERKINI—Ribuan Orang Terkesan Akibat Gempa Bumi di Turkiye

Pada Isnin, 6 Februari 2023, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter telah melanda bahagian tenggara Turkiye. Selepas itu, gegaran yang berskala 7.5 melanda kawasan yang sama sekali lagi. Terdapat beberapa gegaran susulan yang dirasai di kawasan itu berikutan gempa bumi tersebut. Lebih daripada 38,000 yang terkorban, dan lebih daripada 108,000 orang tercedera disebabkan bencana ini.

Kesan terhadap Saudara Saudari di Turkiye

  • Sedihnya, 1 saudari yang tua di bandar Adana terkorban. Di bandar Adiyaman pula, seorang saudara, isterinya, dan dua anak mereka yang masih kecil turut terkorban

  • 3 rumah musnah

  • 17 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 22 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 1 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan teruk

  • 2 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan

Bantuan yang Dihulurkan

  • Para saudara sedang memberikan sokongan rohani dan kelegaan kepada mangsa bencana

  • 2 Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) ditubuhkan untuk menyelia kerja bantuan bencana

Seorang ahli Jawatankuasa Cawangan mengongsi ayat Bible dengan saudara saudari, termasuk mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi

Meskipun dilanda gempa bumi dan banyak gegaran susulan, saudara saudari kita dapat terus bertabah kerana Yehuwalah ‘tempat naungan dan kekuatan kita. Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan.’—Mazmur 46:1.