Lompat ke kandungan

13 JANUARI 2021
TURKMENISTAN

Mahkamah Tentera Turkmen Menjatuhkan Hukuman Penjara Dua Tahun atas Saudara Ruslan Artykmyradov

Mahkamah Tentera Turkmen Menjatuhkan Hukuman Penjara Dua Tahun atas Saudara Ruslan Artykmyradov

Pada 11 Januari 2021, sebuah mahkamah tentera Turkmen mensabitkan Saudara Ruslan Artykmyradov dan menjatuhkan hukuman dua tahun penjara atasnya. Inilah kali kedua dia dipenjarakan kerana berpendirian neutral.

Selepas keputusan diumumkan, Ruslan tetap ceria dan senyum. Semasa dia dibawa pergi, dia memetik kata-kata Yesus di Matius 24:13: “Sesiapa yang bertahan sehingga akhir akan diselamatkan.”

Kita digalakkan oleh iman para saudara muda kita di Turkmenistan. Mereka rela mengikut teladan Yesus, yang tabah menanggung penderitaan “disebabkan sukacita yang ada di hadapannya.”—Ibrani 12:2.