Lompat ke kandungan

8 FEBRUARI 2021
TURKMENISTAN

Saudara Artur Yangibayev Dihukum Kali Kedua kerana Menolak Khidmat Tentera

Saudara Artur Yangibayev Dihukum Kali Kedua kerana Menolak Khidmat Tentera

Keputusan Mahkamah

Pada 18 Januari 2021, sebuah mahkamah Turkmen menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas Saudara Artur Yangibayev kerana menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani. Ini merupakan kali kedua dia dihukum kerana pendirian neutralnya.

Profil

Artur Yangibayev

  • Tahun Lahir: 1997 (Seydi)

  • Biografi: Semasa kecil, Artur menghadapi pelbagai kesusahan yang menyebabkannya tertanya-tanya mengapa begitu banyak ketidakadilan di dunia. Dia membincangkan perkara itu dengan kakaknya, yang merupakan seorang Saksi Yehuwa. Kemudian, dia mula belajar Bible ketika berusia 13 tahun dan dibaptis pada 2014

    Bekerja dalam bidang pembinaan dengan mengubah suai rumah. Ibu bapa Artur menggambarkannya sebagai anak yang baik hati dan bertanggungjawab. Dia dihormati oleh jiran-jiran kerana dikenali sebagai pemuda yang jujur dalam komuniti

Sejarah Kes

Pada 8 Ogos 2016, Artur ditahan sebelum perbicaraan kerana menolak khidmat tentera atas dasar kepercayaan agamanya. Pada 30 Ogos, dia dijatuhkan hukuman buruh paksa selama dua tahun. Masa hukumannya berakhir pada September 2018.

Pada 15 Disember 2020, dia diarah untuk melaporkan diri bagi khidmat tentera sekali lagi. Tidak lama kemudian, dia disoal siasat oleh pejabat pendakwa raya. Dia diminta menulis surat pernyataan untuk menjelaskan pendiriannya.

Pada 30 Disember, pejabat pendakwa raya memaklumkan bahawa mereka telah membuka kes jenayah terhadap Artur. Pasportnya pun dirampas.

Artur memberitahu perasaannya selepas hukuman pertama. Dia berkata, “Ayat di Roma 8:37-39 meyakinkan saya bahawa tiada sesiapapun yang dapat menghalang saya untuk tetap setia kepada Yehuwa.” Kita tahu bahawa dengan bantuan Yehuwa, Artur pasti dapat bertabah mengharungi cabaran ini juga.