3 FEBRUARI 2021
TURKMENISTAN
Saudara Gendjiyev Dijatuhkan Hukuman Penjara Dua Tahun kerana Berpendirian Neutral
Keputusan Mahkamah
Pada 19 Januari 2021, sebuah mahkamah Turkmen menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas Saudara Veniamin Gendjiyev kerana menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani.
Profil
Veniamin Gendjiyev
Tahun Lahir: 2000 (Seydi)
Biografi: Dibesarkan sebagai seorang Saksi Yehuwa. Menjadi penyiar ketika berumur 15 tahun. Dibaptis semasa berumur 19 tahun. Dikenali sebagai orang yang rendah hati dan senang berbual dengan orang lain
Dilatih untuk menjadi mekanik kenderaan. Suka main gitar. Rakan sekolah mengejek dia kerana kepercayaan agamanya. Belajar untuk mempertahankan kepercayaannya yang berdasarkan Bible
Sejarah Kes
Pada Julai 2018, Veniamin dihukum penjara setahun kerana menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani. Dia dibebaskan dari penjara pada 25 Jun 2019.
Pada 25 Disember 2020, dia diarahkan ke pejabat pendakwa raya di Daerah Dyanev. Pihak berkuasa memintanya menyatakan secara bertulis sebabnya dia tidak menyertai khidmat tentera. Pada 30 Disember 2020, pejabat pendakwa raya membuka kes jenayah terhadapnya. Pasportnya dirampas.
Semasa mengenang kembali hukuman penjara kali pertama, Veniamin berkata, “Saya dapat merasai sokongan Yehuwa. Dia beri saya kekuatan untuk bertabah dan iman saya dikukuhkan. Saya berdoa kepada Yehuwa dan mengongsi berita baik dengan banduan penjara yang lain. Hal itu membantu saya melawan rasa tawar hati.”
“Ketika dalam penjara, ibu bapa beritahu saya bahawa saudara saudari memikirkan saya walaupun mereka tidak dapat kunjungi saya. Sokongan sedemikian bantu saya bertabah sepanjang masa saya di penjara.”
Salah satu ayat Bible yang memberi semangat kepada Veniamin tercatat di Yesaya 54:17. Sebahagian ayat itu berbunyi, “Semua senjata yang dihasilkan untuk melawanmu akan menjadi tidak berguna.” Ayat-ayat Bible sedemikian serta doa kita akan membantu Veniamin untuk menghadapi cabaran yang menguji imannya.