Lompat ke kandungan

Saudara Ihlosbek Rozmetov

22 JANUARI 2021
TURKMENISTAN

Saudara Ihlosbek Rozmetov Dipenjarakan Sekali Lagi kerana Menolak Khidmat Tentera

Saudara Ihlosbek Rozmetov Dipenjarakan Sekali Lagi kerana Menolak Khidmat Tentera

Keputusan Mahkamah

Sebuah mahkamah sivil Turkmen mensabitkan Saudara Ihlosbek Rozmetov pada 19 Januari 2021. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun di sebuah penjara kawalan keselamatan tinggi kerana menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani. Inilah kali kedua dia dipenjarakan kerana berpendirian neutral.

Profil

Ihlosbek Rozmetov

  • Tarikh Lahir: 1997 (Andalib)

  • Biografi: Dia mempunyai dua adik-beradik. Ketika berumur hanya 10 tahun, dia mula bekerja selepas balik dari sekolah untuk menyara keluarga. Dia suka bersukan, membaca buku, dan mendengar muzik. Ibunya belajar Bible pada 2010, dan dia pula mula belajar setahun kemudian

Sejarah Kes

Pada 11 Julai 2018, semasa berumur 20 tahun, Ihlosbek Rozmetov dihukum penjara satu tahun di kem buruh paksa Seydi kerana menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani. Selepas menjalani seluruh hukuman itu, dia dibebaskan. Menurut undang-undang Turkmenistan, dia boleh didakwa untuk kali kedua sebagai pembantah ikut nurani.

Pada 25 November 2020, Ihlosbek dipanggil semula untuk khidmat tentera. Dengan hormat, dia menjelaskan kepercayaan Kristiannya. Tetapi pihak berkuasa masih mendakwanya sebagai kes jenayah, dan dia dijatuhkan hukuman penjara yang lebih lama kerana ini merupakan sabitan kali kedua kerana menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani.

Ihlosbek mengatakan bahawa pengalaman di penjara pada kali pertama memang “sangat susah.” Tetapi ayat-ayat Bible yang dia baca dan hafalkan sebelum masuk penjara, telah membantunya menghadapi cubaan itu. Dia dikuatkan terutamanya dengan merenungkan Filipi 4:6, 7. Ayat-ayat tersebut mengingatkannya untuk jangan “khuatir akan apa-apa pun,” terus berdoa untuk “kesejahteraan daripada Tuhan,” dan tetap bertenang pada saat-saat yang cemas. Ihlosbek berkata, “Saya tidak henti-henti berdoa kepada Yehuwa pada waktu yang mencabar itu dan benar-benar merasai Dia di sisi saya.”

Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus menguatkan Ihlosbek dan semua orang yang tetap berharap kepada-Nya.—Yesaya 40:29-31.