Lompat ke kandungan

Saudara Nazar Alliyev

11 FEBRUARI 2021
TURKMENISTAN

Saudara Nazar Alliyev Dipenjarakan selama Satu Tahun kerana Menolak Khidmat Tentera

Saudara Nazar Alliyev Dipenjarakan selama Satu Tahun kerana Menolak Khidmat Tentera

Keputusan Mahkamah

Pada 10 Februari 2021, sebuah mahkamah Turkmen mensabitkan Saudara Nazar Alliyev dan menjatuhkan hukuman penjara satu tahun ke atasnya kerana menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani.

Profil

Nazar Alliyev

  • Tahun Lahir: 2000 (Wilayah Lebap)

  • Biografi: Tinggal di Türkmenabat bersama ibu dan dua adik-beradik. Suka main bola tampar dan bola sepak. Dia mempunyai dua masalah jantung. Bekerja sebagai tukang gunting rambut untuk menyara kehidupan keluarganya

    Belajar daripada ibunya untuk mengasihi prinsip Bible. Dibaptis pada 2015 ketika berusia 14 tahun. Dikenali sebagai pemuda yang ceria, murah hati, dan rendah hati. Keluarganya menyokong keputusannya untuk tetap neutral

Sejarah Kes

Pada 16 Mei 2020, Saudara Nazar Alliyev dibawa ke pejabat khidmat tentera. Para pegawai memaksanya untuk pakai baju seragam tentera, yang menunjukkan dia menyertai khidmat tentera, tetapi dia menolak. Pada 28 Mei, Nazar berjumpa dengan pegawai yang lain dan sekali lagi membuat pendirian untuk tidak menyertai khidmat tentera. Bulan yang berikut, Nazar menulis sepucuk surat kepada pejabat khidmat tentera daerah untuk menjelaskan kepercayaan agamanya.

Pada 4 Januari 2021, Nazar dan ibunya pergi ke pejabat pendakwa raya di daerah Khojambaz. Nazar menjelaskan sebabnya dia tidak dapat berkhidmat dalam tentera dan meminta khidmat alternatif. Walaupun dia telah berusaha, pihak penyiasat masih memfailkan kes jenayah terhadapnya.

Nazar, yang sekarang berumur 20 tahun, berkata, “Semasa kita bergantung pada Yehuwa dalam situasi sedemikian, Dia memberi kita kedamaian batin. Dengan bantuan Yehuwa, kita boleh bercakap dengan tenang.”

Dia juga menambah, “Apabila saya mengenang kembali peristiwa yang berlaku, saya sedar sepanjang masa itu, Yehuwa menyokong saya. Hal itu meyakinkan saya bahawa Dia juga akan membantu saya pada masa depan.”

Turkmenistan tidak menawarkan khidmat awam alternatif. Jadi, saudara muda yang menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani mungkin dipenjarakan sehingga dua tahun. Kini, terdapat 15 saudara muda yang dipenjarakan di Turkmenistan kerana berpendirian neutral.

Kita yakin bahawa Yehuwa akan tetap “setia kepada orang yang setia” seperti Nazar dan saudara muda yang lain di Turkmenistan.—Mazmur 18:25.