3 MAC 2022
UKRAINE
Kasih Persaudaraan Tetap Membara Saat Krisis di Ukraine Berlanjutan
Pada 24 Februari 2022, Rusia menyerang Ukraine. Terdapat lebih daripada 129,000 Saksi Yehuwa bersama anak-anak mereka yang tinggal di Ukraine. Pejabat cawangan telah atur 27 Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) untuk hulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakan seiman. Selain itu, untuk tunjuk kasih persaudaraan Kristian, saudara saudari bertungkus lumus beri bantuan praktikal dan sokongan emosi sesama sendiri dan kepada orang lain pada saat krisis ini.
Kebanyakan saudara saudari masih berada di Ukraine, manakala yang lain membuat keputusan peribadi untuk melarikan diri. Bagi saudara saudari yang melarikan diri, mereka terpaksa beratur panjang (ada yang sehingga 30 kilometer) dan tunggu sehingga tiga atau empat hari untuk melalui kastam. Penyiar tempatan mencari rakan seiman yang sedang berbaris dan beri makanan, minuman, serta bantuan praktikal. Semasa saudara saudari akhirnya berjaya menyeberang ke sempadan negara-negara jiran, mereka disambut oleh Saksi-Saksi Yehuwa yang pegang logo jw.org dan bersedia beri kelegaan serta sokongan praktikal.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Sedihnya, pada 1 Mac 2022, seorang saudara pekak dari Kharkiv terbunuh dan isterinya cedera parah semasa pengeboman berlaku
3 lagi saudari tercedera
Lebih daripada 5,000 penyiar terpaksa melarikan diri
2 rumah musnah
3 rumah alami kerosakan teruk
35 rumah alami kerosakan kecil
2 Dewan Perjumpaan musnah
Ramai penyiar terputus bekalan elektrik, pemanasan, dan khidmat telefon, serta kekurangan air
Bantuan yang Dihulurkan
27 DRC telah ditubuhkan di Ukraine
867 penyiar dibantu oleh DRC untuk cari tempat tinggal yang lebih selamat
DRC berusaha sediakan bekalan keperluan seperti makanan dan air
Angka di atas berdasarkan laporan awal.
Kita berdoa semoga saudara saudari akan tetap memiliki kebijaksanaan dan pemahaman untuk tabah harungi ketidakpastian serta saat yang susah ini seraya mereka tunjuk kasih persaudaraan.—Amsal 9:10; 1 Tesalonika 4:9.