Lompat ke kandungan

12 DISEMBER 2019
UKRAINE

Mahkamah Agung Ukraine Mempertahankan Hak Saksi-Saksi Yehuwa untuk Menggunakan Dewan Perjumpaan

Mahkamah Agung Ukraine Mempertahankan Hak Saksi-Saksi Yehuwa untuk Menggunakan Dewan Perjumpaan

Selepas berjuang dalam kes mahkamah selama empat tahun, Saksi-Saksi Yehuwa dibenarkan untuk menggunakan Dewan Perjumpaan mereka di Tetiiv, Ukraine. Dewan Perjumpaan tersebut telah siap dibina pada Disember 2014. Namun demikian, Majlis Arkitek Pembangunan Kebangsaan (SABC) berulang kali menghalang para Saksi daripada menggunakannya dengan menolak permohonan sijil kelayakan menduduki bangunan sebanyak enam kali, mengenakan denda yang tinggi, dan bahkan membatalkan permit bangunan meskipun bangunan itu sudah siap dibina.

Pada 10 Oktober 2018, keputusan Mahkamah Agung Ukraine menunjukkan bahawa para saudara telah mematuhi undang-undang pembinaan. Mereka juga menekankan bahawa Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah juga melindungi hak untuk membina bangunan sebagai tempat ibadat. Pada 28 Mac 2019, ketua SABC yang baru dilantik telah mengeluarkan permit untuk menggunakan bangunan tersebut. Pada bulan yang sama, sidang tersebut telah mengadakan perjumpaan mereka yang pertama.

Pada 2 November 2019, Saksi-Saksi Yehuwa menjemput orang untuk melawat Dewan Perjumpaan tersebut. Para pegawai bandar, para pegawai daerah, dan jiran berdekatan telah datang melawat. Anatoliy Fedorovych Zavalniuk, Ketua Arkitek Pentadbiran Distrik Tetiiv, berkata, “Anda telah mematuhi semua undang-undang pembangunan, memenuhi setiap syarat, dan mengikut pelan yang diluluskan oleh pihak kerajaan. Dewan yang digunakan untuk penyembahan ini mengindahkan lagi kawasan kita. Terima kasih atas usaha anda.”

Kemenangan ini memberi kita sebab untuk bersukacita bersama saudara saudari kita di Tetiiv. Kita sangat gembira kerana sekarang mereka dapat menggunakan Dewan Perjumpaan mereka untuk memuji dan memuliakan Yehuwa.—Mazmur 69:30.