Lompat ke kandungan

Kiri: Sebuah bangunan yang musnah di Kyiv. Kanan atas: Saudara saudari dilegakan oleh maklumat dalam JW Library semasa berlindung dalam tingkat bawah tanah. Kanan bawah: Sebuah keluarga pelarian Ukraine sedang makan di Slovakia

11 MAC 2022
UKRAINE

TERKINI #2 | Kasih Persaudaraan Tetap Membara Saat Krisis di Ukraine Berlanjutan

TERKINI #2 | Kasih Persaudaraan Tetap Membara Saat Krisis di Ukraine Berlanjutan

Bagi kawasan yang alami keadaan perang teruk, seperti di Mariupol, tidak ada bekalan elektrik, pemanasan, atau khidmat telefon dan Internet. Banyak tingkap rumah musnah. Makanan dan minuman hanya tinggal sedikit. Lebih daripada 2,500 saudara saudari masih terperangkap di Mariupol. Laluan pemindahan beberapa bandar seperti Bucha, Chernihiv, Hostomel, Irpin, Kyiv, dan Sumy dibuka. Jadi, sesetengah orang berjaya melarikan diri ke tempat yang lebih selamat, termasuk ramai saudara saudari kita.

Seorang penatua (36 tahun) yang merupakan perintis dan tinggal di Hostomel, melarikan diri bersama isteri dan ibu bapanya. Dia menceritakan pengalamannya semasa perang bermula di bandar itu dengan berkata:

“Helikopter terbang melepasi rumah kami. Kenderaan askar terdapat di mana-mana sahaja sepanjang masa. Para askar ceroboh masuk rumah semasa kami di tingkat bawah tanah. Peluru terkena beg kecemasan mak saya. Syukur tiada sesiapa yang tercedera. Selama tiga atau empat jam, kami tidak bergerak atau buat bising semasa banyak pengeboman dan tembakan berlaku. . . . Keesokan pagi semasa kami memandu melarikan diri, pertempuran mula berdekatan kami dan ada kereta kebal . . . Memang sangat bahaya, tapi kalau tetap berada di situ lagi bahaya.”

“Hidup kami banyak berubah kerana semua kejadian ini. Kami belajar cara ikut banyak prinsip Bible. Contohnya, cara untuk tidak risau tentang hari esok, puas dengan keperluan asas, dan yakin kepada Yehuwa pada saat yang paling susah.”

Kita tahu bahawa Yehuwa, Tuhan kita, sedar sepenuhnya tentang segala cabaran luar biasa yang dialami saudara saudari kita di Ukraine. Dia pasti akan sokong mereka.—2 Petrus 2:9.

Sebuah keluarga berlindung di tingkat bawah tanah. Mereka kemudian berjaya melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat

Setakat 10 Mac 2022, berikut ialah jumlah yang dilaporkan dari Ukraine:

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • 2 penyiar meninggal

  • 8 penyiar tercedera

  • 25,407 penyiar melarikan diri dari rumah ke tempat yang lebih selamat dalam negara itu

  • 25 rumah musnah

  • 59 rumah alami kerosakan besar

  • 222 rumah alami kerosakan kecil

  • 7 Dewan Perjumpaan alami kerosakan

Bantuan yang Dihulurkan

  • 27 Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) sedang beroperasi di Ukraine

  • 10,566 penyiar dibantu secara langsung oleh DRC untuk mencari tempat tinggal yang lebih selamat

  • 9,635 penyiar melarikan diri ke negara lain dan dibantu oleh saudara saudari Kristian