Lompat ke kandungan

1 JULAI 2019
UKRAINE

Saksi-Saksi Yehuwa di Ukraine Mengadakan Pameran Bible

Saksi-Saksi Yehuwa di Ukraine Mengadakan Pameran Bible

Saksi-Saksi Yehuwa di Ukraine mengadakan pameran Bible yang istimewa sempena pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam Bahasa Isyarat Rusia (RSL). Hal ini merupakan satu detik bersejarah dalam kerja terjemahan Saksi-Saksi Yehuwa. Pameran itu bermula pada 7 Oktober 2018 di Lviv dan terus berlangsung sehingga 7 Jun 2019. Pameran itu juga diadakan di kota-kota lain, seperti Kharkiv, Kyiv, Odesa, dan Dnipro.

Sebelum pameran itu diadakan, sidang-sidang bahasa isyarat di setiap kota mengedarkan surat jemputan dan menayangkan video untuk menjemput orang yang pekak dan yang mempunyai masalah pendengaran. Selain itu, Bahagian Maklumat Umum di pejabat cawangan Ukraine juga memberikan jemputan kepada para pendidik, pihak media, dan pegawai kerajaan.

Pameran yang pertama diadakan di Lviv City Deaf Club. Semasa pameran itu, para pelawat dapat melihat pelbagai bahan yang digunakan untuk belajar Bible dalam bentuk elektronik, seperti aplikasi JW Library Bahasa Isyarat. Pelawat juga dapat melihat pelbagai bentuk Bible yang dikeluarkan sepanjang sejarah, dari bentuk gulungan sehinggalah bentuk buku. Salah satu hal yang paling menarik dalam pameran itu ialah Bible yang dihasilkan pada tahun 1927.

Kita sangat gembira kerana kini terdapat Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam RSL. Kita yakin bahawa Bible ini akan membantu mereka yang menggunakan RSL untuk memperoleh pengetahuan yang tepat tentang kebenaran Bible.—Matius 5:3.