Lompat ke kandungan

21 OKTOBER 2022
UNITED KINGDOM

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Punjabi (Shahmukhi)

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Punjabi (Shahmukhi)

Pada 9 Oktober 2022, semasa program yang disiarkan secara langsung, Saudara Paul Norton, ahli Jawatankuasa Cawangan Britain, mengumumkan pengeluaran Bible—Berita Baik Menurut Matius dalam bahasa Punjabi (Shahmukhi). Lebih daripada 1,300 hadirin termasuk penyiar, mengikuti program ini menerusi sambungan Internet dari Dewan Perjumpaan masing-masing di seluruh kawasan penyeliaan Britain. Sejurus selepas itu, buku Matius dapat diperoleh dalam bentuk audio, digital, dan cetakan.

Bahasa Punjabi digunakan oleh jutaan orang di India dan Pakistan serta sebahagian besar penduduk di tempat lain. Seluruh Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Punjabi yang menggunakan tulisan Gurmukhi dikeluarkan pada Oktober 2020. Namun, edisi baharu ini akan digunakan oleh mereka yang baca bahasa Punjabi dalam tulisan Shahmukhi. Biasanya, mereka tidak faham kosa kata tulisan Gurmukhi dengan sepenuhnya atau tidak dapat baca tulisan itu. Sehingga kini, pembaca Punjabi (Shahmukhi) perlu menggunakan terjemahan Bible dalam bahasa lain, seperti bahasa Urdu.

Selama ini, beberapa buku yang ada dalam Bible telah dihasilkan dalam bahasa Punjabi (Shahmukhi). Namun, matlamat khusus terjemahan buku Matius ini adalah untuk mudah dibaca dan difahami. Yang terpenting ialah terjemahan ini mengandungi nama Yehuwa.

Salah seorang penterjemah kata, “Orang mungkin pernah dengar nama Yehuwa dalam nyanyian di gereja. Tapi disebabkan penterjemah mengeluarkan nama Yehuwa dari kebanyakan ayat-ayat dalam Bible, orang sering rasa susah untuk menghampiri Tuhan. Sekarang, mereka akan lihat nama Tuhan dikembalikan ke semua tempat asalnya dalam buku Matius.”

Kita yakin bahawa pengeluaran ini akan membantu saudara saudari untuk terus menghampiri Yehuwa dan memuji nama-Nya.—Matius 6:9.