Lompat ke kandungan

Saudari Helen Budge menggunakan alat notetaker huruf Braille

24 MAC 2021
UNITED KINGDOM

Menyertai Kempen Peringatan meskipun Kurang Upaya

Menyertai Kempen Peringatan meskipun Kurang Upaya

Helen Budge, ialah seorang Saksi Yehuwa yang buta dari Edinburgh, Scotland. Seperti Saksi-Saksi Yehuwa yang lain, Helen tidak dapat menginjil kepada penghuni rumah dengan bersemuka kerana sekatan pandemik yang berleluasa di seluruh dunia. Meskipun begitu, dia tetap berusaha melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam kempen menjemput orang menghadiri Peringatan kematian Yesus.

Mula-mula, Helen mencatat idea bagi suratnya dengan menggunakan alat notetaker huruf Braille. Dia berkata, “Alat itu seperti kertas dan pensel bagi saya.” Selepas itu, dia menggunakan catatan tersebut untuk memberitahu isi surat kepada anak saudaranya, yang kemudian menuliskan surat itu untuk Helen.

Jemputan Peringatan dalam huruf Braille

Ibu dan nenek Helen ialah Saksi-Saksi Yehuwa. Jadi, sejak Helen masih kecil, acara Peringatan sangat penting baginya. Helen menjelaskan bahawa dia selalu menantikan saatnya untuk mengundang orang ramai ke acara itu. “Acara Peringatan tahun ini merupakan yang ke-70 bagi saya,” katanya. Dia menyambung, “Setiap tahun, saya sangat gembira menerima surat jemputan Peringatan dalam bahasa Braille. Saya baca isinya baik-baik, lalu saya fikir tentang orang yang saya mahu jemput.”

Tidak kira apa jua situasi, hati orang Kristian yang setia di serata dunia tergerak oleh kasih untuk menjemput orang ramai menghadiri Peringatan kematian Yesus pada hari Sabtu, 27 Mac.—Lukas 22:19.