Lompat ke kandungan

10 JULAI 2023
ZAMBIA

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Isyarat Zambia

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Isyarat Zambia

Pada 1 Julai 2023, Saudara Ian Jefferson, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Zambia, mengumumkan pengeluaran buku Matius dalam Bahasa Isyarat Zambia (ZAS). Program istimewa ini telah diadakan di sebuah Dewan Perhimpunan yang terletak di Lusaka, Zambia. Sejumlah 922 orang telah menghadiri acara tersebut. Ini buku Bible pertama yang dihasilkan dalam ZAS. Buku ini tersedia untuk dimuat turun di jw.org dan aplikasi JW Library Bahasa Isyarat.

Para penterjemah di studio rakaman

Sidang ZAS yang pertama telah diasaskan pada Mac 2008. Pada 2012, satu kumpulan penterjemah ditubuhkan di pejabat cawangan di Lusaka. Hari ini, kira-kira 500 penyiar berkhidmat di 16 sidang dan 11 kumpulan ZAS di Zambia.

Dalam ceramahnya, Saudara Jefferson membaca Matius 18:22 untuk menjelaskan bagaimana terjemahan Bible dalam ZAS adalah jelas dan mudah difahami. Dalam terjemahan Bible bahasa Inggeris, terdapat 18 perkataan yang digunakan. Jika terjemahan ayat ini ke dalam ZAS dilakukan kata demi kata, para pengguna ZAS akan rasa susah untuk memahaminya. Namun, maksud ayat ini dapat disampaikan dalam ZAS dengan hanya menggunakan dua isyarat tangan. Saudara Jefferson kata, “Terjemahan yang ringkas dapat membantu pengguna ZAS untuk memahami dan meraih manfaat daripada Firman Tuhan.”

Pengeluaran buku Matius dalam ZAS jelas membuktikan bahawa Yehuwa ingin “menyelamatkan segala macam orang.”—Titus 2:11.