Lompat ke kandungan

14 NOVEMBER 2022
ZAMBIA

Kitab Yunani Kristian Dikeluarkan dalam Bahasa Mbunda

Kitab Yunani Kristian Dikeluarkan dalam Bahasa Mbunda

Saudara Cephas Kalinda, ahli Jawatankuasa Cawangan Zambia, mengumumkan pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Mbunda pada 5 November 2022. Bible itu dikeluarkan dalam rakaman program yang disiarkan kepada lebih daripada 1,500 hadirin. Sejurus selepas pengeluaran itu, Bible dalam bentuk digital tersedia untuk dimuat turun. Bible bercetak pula akan tersedia pada Januari 2023.

Mbunda ialah bahasa yang digunakan khususnya di Angola dan Zambia. Pada 1930-an, Saksi-Saksi Yehuwa mula menginjil kepada orang yang berbahasa Mbunda di Rhodesia Utara (kini Zambia). Pada 2014, satu kumpulan penterjemah Mbunda dibentuk. Pejabat penterjemahan terletak di Mongu, Wilayah Barat Zambia.

Pejabat penterjemahan bahasa Silozi dan Mbunda di Mongu, Zambia

Selain daripada Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu, hanya terdapat satu lagi terjemahan Bible dalam bahasa Mbunda. Tetapi, Bible itu mahal dan sering kali susah difahami. Oleh itu, sebelum pengeluaran Bible ini, Saksi-Saksi Yehuwa yang berbahasa Mbunda banyak guna Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa lain.

Mengenai Bible yang baru dikeluarkan ini, seorang penterjemah kata, “Bahasanya jelas, mudah dibaca, semula jadi, dan yang terpenting, ia menyampaikan kebenaran Bible dengan tepat.”

Seorang lagi penterjemah komen tentang cabaran menggunakan terjemahan terbitan lain dalam bahasa Mbunda semasa cakap tentang Bible kepada orang lain. Dia kata, “Nama Yehuwa tidak ada dalam mana-mana ayat terjemahan itu. Sebaliknya, ia guna gelaran ‘Tuhan Utama Kita’ semasa merujuk kepada Yehuwa. Susah bagi orang untuk tahu nama Tuhan. Tapi, Bible yang baru dikeluarkan, iaitu Kitab Yunani Kristian menggunakan nama Yehuwa sebanyak 237 kali.”

Kita yakin pengeluaran ini akan bantu saudara saudari yang menutur bahasa Mbunda lebih menghampiri Yehuwa dan lebih beriman kepada-Nya.—Yakobus 4:8.