Lompat ke kandungan

Mahkamah Tinggi Zimbabwe di Mutare. Gambar sisipan (dari kiri ke kanan): Saudara Jabulani Sithole, Wonder Muposheri, dan Tobias Gabaza

18 NOVEMBER 2022
ZIMBABWE

Mahkamah Tinggi Zimbabwe Memihak Saksi-Saksi Yehuwa dalam Kes Hak Keagamaan

Mahkamah Tinggi Zimbabwe Memihak Saksi-Saksi Yehuwa dalam Kes Hak Keagamaan

Pada 29 September 2022, Mahkamah Tinggi Zimbabwe di Mutare membuat keputusan yang berpihak kepada Saudara Tobias Gabaza, Wonder Muposheri, dan Jabulani Sithole. Mereka dilayan dengan tidak adil kerana enggan mengambil bahagian dalam upacara agama yang bercanggahan dengan hati nurani mereka.

Pada Oktober 2020, ketiga-tiga saudara itu terpaksa ke mahkamah yang hakimnya ialah ketua kampung. Ini adalah kerana salah seorang pegawai mengarahkan agar saudara-saudara itu mengambil bahagian dalam upacara orang asli. Upacara itu termasuk memanggil roh orang mati agar musim hujan datang. Setiap penduduk kampung mesti ambil bahagian. Berdasarkan hati nurani yang dilatih oleh prinsip Bible, saudara-saudara kita membuat keputusan untuk tidak ambil bahagian dalam upacara itu.

Ketua kampung membuat keputusan bahawa ketiga-tiga saudara itu salah dan dia cuba memaksa mereka untuk ambil bahagian. Saudara-saudara kita memilih untuk membuat rayuan kepada Mahkamah Majistret di Chipinge.

Pada 5 Januari 2021, Mahkamah Majistret membuat keputusan yang berpihak kepada saudara-saudara kita. Tetapi para pegawai kampung enggan mematuhi keputusan mahkamah dan terus memaksa mereka. Selain itu, penduduk kampung mula meminggirkan dan melayan mereka dengan buruk.

Memandangkan saudara-saudara kita terus dilayan dengan buruk, mereka membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi. Mahkamah itu mengakui bahawa para pegawai kampung telah melanggar hak ketiga-tiga saudara itu. Ia juga mengarahkan agar para pegawai kampung tidak memaksa saudara-saudara kita untuk ambil bahagian dalam mana-mana aktiviti yang bercanggahan dengan hati nurani mereka. Para pegawai kampung juga perlu membayar pampasan.

Kita percaya keputusan ini akan memanfaatkan saudara saudari yang tinggal di seluruh Zimbabwe, memandangkan tradisi-tradisi ini diamalkan di seluruh negara. Kita bersyukur kepada Yehuwa untuk keputusan yang memihak kepada kita.—Amsal 2:8.