14 APRIL 2023
ZIMBABWE
Memberikan “Cahaya” kepada Mereka yang Ada Masalah Penglihatan di Zimbabwe
Pada awal tahun ini, pejabat cawangan Zimbabwe telah menerima surat penghargaan daripada dua institusi kebangsaan, iaitu Dorothy Duncan Centre for the Blind and Physically Handicapped dan University of Zimbabwe. Kedua-dua institusi ini ingin berterima kasih kepada pejabat cawangan kerana menyumbangkan Terjemahan Dunia Baharu dan bahan bacaan Bible yang lain dalam bahasa Braille. University of Zimbabwe menulis, “Sumbangan ini akan bantu murid-murid kami belajar tentang prinsip moral. Anda telah membantu ramai orang dan kami sangat menghargainya.”
Selain daripada sumbangan ini, cawangan juga telah atur kempen penyebaran pada 2017 untuk mencapai lebih daripada 10,000 penduduk Zimbabwe yang buta dan mempunyai masalah penglihatan. Semasa kempen ini, dua pasangan perintis istimewa telah ditugaskan untuk membantu para penyiar menginjil kepada komuniti ini dengan lebih berkesan. Hasilnya, 46 pembelajaran Bible telah diadakan dan 3 orang telah dibaptis.
Salah seorang yang dibaptis ialah Saudari Mavies Chaya. Mavies cuba untuk menyembuhkan penglihatannya dengan mencari orang yang dapat menyembuhkannya secara mukjizat. Namun, usaha mereka gagal dan Mavies hilang harapan. Kemudian pada 2021, dia dihubungi oleh Saksi-Saksi Yehuwa melalui kesaksian telefon. Apabila dia belajar tentang janji Bible bahawa orang buta dapat melihat lagi di dunia baharu, dia mula ada harapan lagi. Mavies mula belajar Bible dua kali seminggu dan dia dibaptis pada bulan April 2022.
Sementara kita menunggu masanya Yehuwa akan memulihkan penglihatan orang buta, kita sangat teruja untuk lihat bagaimana Dia memberikan ‘cahaya dan pemahaman’ kepada semua orang yang sedang mencari-Nya.—Mazmur 119:130.