22 APRIL 2019
ZIMBABWE
Saksi-Saksi Yehuwa Mengeluarkan Terjemahan Dunia Baharu dalam Bahasa Shona
Pada 17 Mac 2019, Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu yang telah dikemaskinikan dikeluarkan dalam bahasa Shona. Saudara Kenneth Cook, iaitu salah seorang ahli Badan Pimpinan, telah mengeluarkan Bible ini di sebuah perhimpunan yang istimewa di Harare, Zimbabwe. Masa yang diambil untuk menghasilkan Bible ini ialah sekitar tiga tahun.
Hampir 2,500 orang saudara saudari telah menghadiri acara ini. Selain itu, terdapat sekitar 43,000 orang yang menikmati acara ini melalui siaran di 295 buah Dewan Perjumpaan dan 4 buah Dewan Perhimpunan. Seorang saudara berkata, “Saya tidak sabar untuk menggunakan Bible ini semasa menginjil. Bahasanya mudah difahami dan menyentuh hati. Sudah pasti orang akan lebih rajin membacanya. Kami betul-betul bersyukur kepada Tuhan Yehuwa atas kurniaan ini.”
Bible ini akan digunakan oleh 38,000 orang penyiar yang menggunakan bahasa Shona. Selain itu, Bible ini akan membantu mereka untuk menginjil kepada lebih daripada 9,000,000 orang yang menuturkan bahasa Shona, iaitu kira-kira 80 peratus daripada penduduk Zimbabwe.
Setiap Bible yang dikeluarkan membuktikan bahawa Yehuwa sedang memberkati kerja terjemahan di seluruh dunia. Kita berasa gembira kerana Firman Tuhan didapati dalam lebih banyak bahasa yang menyentuh hati orang.—Kisah 2:8.